Keluarga dan pendidikan Ibrahim_Hussein

Sejak dari sekolah rendah telah menunjukkan bakatnya dalam bidang lukisan apabila salah satu karyanya pernah disiarkan di dalam sebuah majalah. Dia menyambung pelajarannya dalam bidang lukisan) di Akademi Seni Nanyang di Singapura. Rumahnya di Lorong Bukit Pantai, Bangsar.

Ibrahim berkahwin dengan gadis pilihannya di Universiti Malaya bernama Datin Sim Hussein pada 1976. Anaknya bernama Alia Ibrahim Hussein. Abangnya, Datuk Abdullah Hussein dan Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein adalah sasterawan terulung di Malaysia dan memberikan sumbangan besar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada 1976 beliau menjadi residen artis di UM atas jemputan Profesor Diraja Ungku Aziz di mana beliau bertemu jodoh.